Jubli Belia Tahun 2000



Seluruh dunia akan merayakan kedatangan millenium baru dengan penuh harapan dan kegembiraan. Millenium ketiga ini dikatakan akan melihat banyak penemuan baru dalam masyarakat dari segi pengetahuan dan kemahiran.

Tidak hanya mempamerkan kegembiraan, Gereja turut mendorong umatnya untuk memandang Millenium baru ini dari perspektif iman; makna Tahun 2000. Bapa suci Yohannes Paulus II telah mengistiharkan Tahun 2000 ( JBT2000 ) sebagai Tahun Jubli Agung, Tahun Rahmat Tuhan; Tahun Kurnia dan Berkat.

Bagaiman rahmat Tahun Jubli ini dialami secara konkrit oleh Gereja tempatan pada masa kini, tidaklah jelas. Oleh itu Jubli Belia Tahun 2000 ( JBT2000 ) akan dianjurkan oleh belia Katolik di Sabah bersempena dengan peristiwa ini. Idea ini dilahirkan bersama oleh Komisi Belia Kota Kinabalu dan Kerasulan Belia Keuskupan Keningau sebelum perayaan Pesta Belia Keuskupan Ke-10 ( PBK10 ) di Sandakan. Namun demikian JBT2000 tidak wujud begitu sahaja, kedua-dua diosis telah menjalankan beberapa persiapan yang besar sebelum perayaan ini. Mereka telah mengadakan "Perjalanan Salib Jubli Belia" dari paroki ke paroki di seluruh diosis masing-masing. Beberapa pendapat telah dikongsi bersama

Bapa Uskup John Lee dan Bapa Uskup Cornelius Piong tentang perayaan Belia secara besar-besaran di Sabah bagi merayakan Jubli Tahun 2000.

Semoga perayaan JBT2000 akan membantu kita untuk dapat "berjalan bersama" seperti yang terkandung dalam visi diosis kita. JBT2000 akan berlangsung pada bulan September 2000 bertempat di Kota Kinabalu. JBT2000 adalah suatu perayaan untuk semua belia di Sabah, Oleh itu semua para belia dijemput bersama-sama merayakan JBT2000.


Back