Doa Untuk JBT2000

Ya Tuhan, dua ribu tahun lalu Engkau berjalan di atas bumi ini. Namun zaman hidup belia kami, seringkali diluangkan untuk mencari kebahagiaan yang benar-benar memenuhi jiwa kami. Ya Yesus, bantulah kami untuk melihat dan mempercayai bahawa dunia ini, yang sungguh dicemari dengan ketidakadilan, konflik dan kekosongan hanya dapat diperbaharui oleh Engkau.

Yesus Kristus, Putera Allah, Kami adalah saudaraMu, Kami menyintai Engkau, kami mahu mengikut Engkau.

Ya Tuhan, Bapa suci Yohanese Paulus II telah memanggil kami ke perayaan Jubli mengenai Penjelmaan Mu. Kami menyahut panggilanNya dengan penuh keinginan dan harapan, berhasrat untuk mencari dan mengenali Engkau, dan untuk mengetahui bahawa kami adalah saudara seiman dalam Gereja Mu. Tuhan Yesus, bebaskanlah kami dari ketakutan dan dosa, perbaharuilah hati kami melalui pengalaman kasih dan pengampunan, agar kami akan bersedia untuk melayani mereka yang terhina.

Yesus Kristus, Putera Allah, Kami adalah saudaraMu, Kami menyintai Engkau, kami mahu mengikut Engkau.

Semasa kami menyediakan diri merayakan Jubli Belia Tahun 2000 di Kota Kinabalu, ubahlah kami , Ya Tuhan. Seperti Bonda Maria, semoga kami akan terbuka kepada Firman kebenaran dan hidup, yang mana telah dipercayakan kepada kami oleh Gereja untuk millenium ketiga. Jadikanlah kami saksi-saksiMu bagi mereka yang belum mengenali Engkau.

Yesus Kristus, Putera Allah, Kami adalah saudaraMu, Kami menyintai Engkau, kami mahu mengikut Engkau.


Back